ASSALAMUALAIKUM
hai
okay post kali niee tade picture , sbb ? sbb tade bende yg boleh menggambar kan tentng post aku kali niee .
PANTASNYA MASA BERLALU
22/04/2012 AHAD
Hari ini hari minggu.Pada hari minggu selalunya aku akan bangun lewat,tetapi entah mengapa kali ini aku bangun lebih awal dari hari-hari minggu yang sebelumnya.
Sedang aku melayari internet , aku terdengar suara ibu ku bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.Ibu ku seperti sedang menunjuk arah untuk pergi ke rumah ini . Tetapi aku biarkan saja dan tanak ambil tahu.. Tiba-tiba suara ibu ku kedengaran ''Mazni kemas depan.. ada orang nak dtg..'', ohh baru lah aku tahu.. rupa-rupa nya dye sedang bercakap dgn kawannya tadi..
Selepas aku siap mengemas depan , aku teros menonton televisyen.. tak lama selepas itu bunyi kereta pon kedengara , dlm hati ku berkata ''mungkin itu kereta kawan yg dimaksud kan oleh ibu ku tadi'' . Kawan ibuku itu datang dngan suaminya , seorang wanita tua iaitu ibu kepada kawan ibuku itu dan tiga org anak nya.Mereka datang dari Kuala Lumpur
Anak kedua kawan ibu ku itu sebaya dengan ku , dia peramah dan sekepala dengan aku.. senang nak berkawan dengan dia.. aku hanya berbual kosong dan mengingat kan kembali kenangan silam bersamanya , dia langsung tidak tahu nama ku. Aku membawanya pergi berjalan-jalan ke kampung sebelah.. dia sangat teruja dengan rumah-rumah disitu kerana mempunyai jambatan , mungkin bagi orang disini menggangapnye biasa tetapi dia tidak.
Beberapa minit kemudian , mereka pon balik.. sungguh cepat masa berlalu , aku masih ingin berbual bersamanya dgn lebih lama lagi.. aku harap pada cuti persekolahan nanti dpt aku pergi ke rumah nya untuk berbual dan mengigat kan kembali waktu silam kami disana , kerana banyak kenangan kami bersama disana .
SEKIAN .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan